Khamis, Ogos 06, 2009

Yang Termampu Kita Lakukan

Doa ini diambil dari fail Naman. TQ. Marilah kita sama-sama berdoa supaya dijauhi kita dari wabak H1N1 ini. Boleh juga di muat turun di sini.

Baca 3 kali sewaktu keluar pagi dari rumah ... insyaalah.

Rabu, Ogos 05, 2009

H1N1: Semua Pelajar Kena Periksa Suhu Badan


Virus Selsema H1N1


Malaysiakini : Kementerian Pelajaran mengarahkan semua pelajar di semua sekolah menjalanikan pemeriksaan suhu badan sebelum bermula waktu sekolah bagi mencegah penularan wabak infuenza A(H1N1). Timbalan menteri berkenaan Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pemeriksaan itu akan mula dijalankan apabila sekolah dibekalkan dengan jangka suhu dan topeng muka dalam tempoh terdekat, lapor Bernama.

Beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan RM3.6 juta untuk tujuan membeli termometer dan topeng muka. “Setiap murid dan pelajar akan dimestikan menjalani pemeriksaan sebelum memasuki kelas dan kita akan pastikan suhu badan mereka tidak melebihi 37.5 darjah Celcius,” beliau dipetik berkata selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan SK Sri Kenanga, Tampoi hari ini. Pemeriksaan itu juga bertujuan meyakinkan ibu bapa supaya membenarkan anak mereka bersekolah seperti biasa, tambahnya.

Dua hari lepas, Mohamad Fakri Syah Rosli, murid Tahun Enam sekolah berkenaan meninggal dunia akibat jangkitan virus itu, yang menjadikan korban keenam di negara ini. Wee berkata Jabatan Pelajaran Negeri juga diarah memantau semua sekolah dengan pihak pengurusan sekolah diminta menghubungi ibu bapa sekiranya terdapat murid yang tidak datang ke sekolah. “Jika ada anak yang gagal hadir kerana demam, maka data berkenaan akan diserahkan ke Jabatan Kesihatan negeri untuk tujuan susulan,” katanya.

Beliau berkata pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) juga perlu memainkan peranan untuk memberi penerangan kepada ibu bapa jika ada di kalangan mereka yang masih berasa tidak yakin untuk membenarkan anak-anak ke sekolah. Menurut Wee lagi, dianggarkan lebih 100 sekolah terpaksa ditutup selama seminggu sejak wabak itu dilaporkan merebak, kira-kira dua minggu lepas.

Beliau turut menegaskan tindakan menutup sekolah tidak akan dilakukan sewenang-wenangnya hanya kerana ada ibu bapa yang tidak yakin mengenai kesihatan anak mereka. Katanya, penutupan sesebuah sekolah perlu mematuhi prosedur Akta Penyakit Berjangkit 1988, iaitu dengan mendapat pengesahan daripada doktor.

Apa kata SKBG:

Semoga virus yang membimbangkan ini akan berakhir dengan segera. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah S.W.T supaya dijauhkan kita semua dari virus yang boleh membunuh ini. Hanya Dia Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengasihi.