Jumaat, Februari 26, 2010

SKBG Kehilangan Guru Pula

Telah menjadi adat didunia yang datang akan pergu jua. Kita sebagai hambaNya tidak mampu menolak ketentuan Illahi. Dalam kesibukan kami menguruskan progaram sempena sukan sekolah, kami telah 'didatangi' dua pucuk surat pertukaran guru (seperti gambar di atas). Pertukaran ini berlaku kerana terdapat lebihan guru di SKBG dan berlaku penyusunan semula guru peringkat daerah. Warga SKBG mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada mereka di atas sumbangan bakti kepada sekolah ini. Semoga bersemangat menabur bakti di tempat baru pula dan dimurahkan rezeki.

Sukan Tahunan 2010

SKBG akan bersukan lagi. Tarikh sukan telah ditetapkan pada 06/03/2010.Pelbagai aturcara akan dilaksanakan. Sebagai pembukaan, pada 25 Feb diadakan Larian Merantas Desa. Murid-murid akan melalui jarak 5km merentasi kampung berhampiran. Komitmen semua guru dan kakitangan serta PIBG amat diperlukan didalam menjayakan sukan ini. Semoga ianya akan menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Gambar-gambar akan menyusul kemudian.