Khamis, Disember 30, 2010

Jadual Waktu 2011

Kepada semua guru SKBG bolehlah mendapatkan jadual waktu bagi tahun 2011 Klik Sini Download New!

Jumaat, September 03, 2010

Salam Eidulfitri


Selamat Hari Raya ... Maaf Zahir Batin buat semua warga SKBG dan semua pendidik diseluruh Malaysia..Semoga Ramadhan AlMubarak yang kita tinggalkan ini akan bertemu lagi ditahun hadapan...Amin...

Rabu, Ogos 18, 2010

Pertukaran Melalui egTukar (online)

Makluman dari laman web egTukar

Pemberitahuan

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Januari 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2010.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Januari 2011 dijangka dikeluarkan mulai 15 November 2010. Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Januari 2011.


Isnin, Ogos 09, 2010

Sekitar Majlis Gotong-Royong Perdana


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan gotong-royong perdana di Kg Bukit Gemuruh terutama warga ANGKASA yang begitu bersemangat bersama dengan masyarakat setempat membersihkan beberapa bahagian kampung.

Khamis, Ogos 05, 2010

Selamat Datang Ke Gotong Royong Perdana


Tarikh : 08/08/2010 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Kampung Bukit Gemuruh

Sudut Pandang Panorama Sekolah

Lama rasanya blog SKBG ini tidak memuat naik foto sekitar sekolah. Kali ini di sertakan sisi yang jarang-jarang dirakamkan untuk tatapan tetamu blog SKBG.

Motivasi

Motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai matlamat-matlamat yang tertentu. Konsep motivasi memang susah difahami kerana kesannya tidak dapat diketahui secara langsung. Seseorang guru terpaksa melibatkan proses pelbagai motif kelakuan seseorang yang diukur dari segi perubahan, keinginan, keperluan dan matlamatnya.

Motivasi masih sukar diukur akan kelakuan guru kerana tingkah laku seseorang guru itu tidak hanya disebabkan oleh sesuatu motif atau desakan sahaja, tetapi ada faktor-faktor lain yang mendatang secara tiba-tiba, seperti cemburu atau iri hati kepada guru-guru lain yang membuatkan seseorang itu terdorong untuk berbuat sesuatu.

Rabu, Jun 30, 2010

Isnin, Mei 24, 2010

Bahan Untuk Debriefing 2010

Softcopy dokumen untuk debriefing 2010 di SK Bukit Rok pada 25/05/2010

Khamis, Mac 25, 2010

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 11 akan diadakan pada 26/03/2010 bertempat di dewan terbuka SKBG. Buat pertama kali akan diadakan pada sebelah malam bermula jam 8.00 malam. Dijangkakan mesyuarat itu akan dirasmikan oleh Adun Kemayan iaitu YB En Fadil bin Osman. Ketika ini semua jawatankuasa program sedang bertungkus lumus membuat persediaan untuk menjayakan acara seperti yang dirancang. Beberapa acara menarik turut diadakan untuk menggalakkan kehairan ibu bapa dan penjaga ke mesyuarat tersebut.

Ahad, Mac 21, 2010

Jadual Waktu 2010 (Pindaan)

Disebabkan pertukaran dua orang guru SKBG, maka jadual waktu persekolahan 2010 terpaksa dipinda. Semua guru SKBG bolehlah memuat turun jadual tersebut dengan klik pada link di bawah.

Isnin, Mac 08, 2010

Jadual Ujian/ Peperiksaan 2010

UJIAN

TAHUN

TARIKH

PENGURUSAN

TINDAKAN

P1

1,2,3,4,5,6

08-11 MAC 2010

MGB BERA

BENGKEL & CETAK

PENGESANAN

6

27-29 APR 2010

MGB PAHANG

MGB PAHANG

P2 (SETENGAH TAHUN)

1,2,3,4,5

31/5-3/6/2010

MGB BERA

BENGKEL & CETAK

PERCUBAAN UPSR (NEGERI)

6

27-30 JUL 2010

MGB PAHANG

MGB PAHANG

P3

1,2,3,4,5

23-26 OGOS 2010

MGB BERA

BENGKEL& CETAK

PERCUBAAN UPSR (DAERAH)

6

23-26 OGOS 2010

MGB BERA

BENGKEL & CETAK

UPSR

6

8-11 NOV 2010

LPM

LPM

P4 (AKHIR TAHUN)

1,2,3,4

8-11 NOV 2010

MGB BERA

BENGKEL & CETAK

5

MGB PAHANG

MGB PAHANG

Jumaat, Februari 26, 2010

SKBG Kehilangan Guru Pula

Telah menjadi adat didunia yang datang akan pergu jua. Kita sebagai hambaNya tidak mampu menolak ketentuan Illahi. Dalam kesibukan kami menguruskan progaram sempena sukan sekolah, kami telah 'didatangi' dua pucuk surat pertukaran guru (seperti gambar di atas). Pertukaran ini berlaku kerana terdapat lebihan guru di SKBG dan berlaku penyusunan semula guru peringkat daerah. Warga SKBG mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada mereka di atas sumbangan bakti kepada sekolah ini. Semoga bersemangat menabur bakti di tempat baru pula dan dimurahkan rezeki.

Sukan Tahunan 2010

SKBG akan bersukan lagi. Tarikh sukan telah ditetapkan pada 06/03/2010.Pelbagai aturcara akan dilaksanakan. Sebagai pembukaan, pada 25 Feb diadakan Larian Merantas Desa. Murid-murid akan melalui jarak 5km merentasi kampung berhampiran. Komitmen semua guru dan kakitangan serta PIBG amat diperlukan didalam menjayakan sukan ini. Semoga ianya akan menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Gambar-gambar akan menyusul kemudian.

Isnin, Januari 04, 2010

Selamat Kembali Ke sekolah

Setelah beberapa minggu bercuti, kini tibalah masa untuk kembali menyambung tugas bagi guru-guru. Pada murid-murid pula, inilah masa melangkah ke tahun yang seterusnya dengan pakaian sekolah serba baru dan semangat baru. Selamat kembali ke sekolah guru dan murid untuk sesi 2010