Khamis, Disember 31, 2009

Jadual Waktu 2010

Selamat kembali bertugas kepada semua guru SKBG, sukacita dimaklumkan Jadual waktu sesi persekolahan 2010 telah dimuat naik. Sila klik disini untuk memuaturun jadual tersebut. Diharapkan semua rancangan pengajaran tahunan diletakkan di dalam buku rancangan mengajar dan p&p berjalan bermula hari pertama persekolahan.

Khamis, Disember 10, 2009

Cikgu SKBG Bertambah Lagi

Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Cikgu Rasidah yang ditempatkan di sekolah ini bermula 01/12/09. Semoga pengalaman di SK Peradong, N.S akan digunakan untuk menabur bakti di SKBG pula. Dengan pertambahan guru opsyen B.I sedikit sebanyak memberikan kebaikan untuk SKBG bergerak seiring dengan sekolah-sekolah yang lain. Terima kasih JPN Pahang dan PPD Bera di atas penempatan guru ini dan diharapkan guru tersebut berkekalan untuk satu tempoh yang bukan sekejap , demi melihat peningkatan prestasi murid-murid di sini.

Sabtu, November 21, 2009

Selamat Bercuti Cikgu dan Murid

Cuti persekolahan akhir tahun telah bermula dari 21/11/09 hingga 03/01/10. Selamat bercuti diucapkan kepada murid-murid dan semua guru SKBG. Semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan sesuatu yang berfaedah. Kepada semua guru diharapkan bersedia jika terpaksa bertugas didalam cuti ini sekiranya diperlukan. Ini termaktub seperti pekeliling yang dikeluarkan. Tambahan pula SKBG menjadi pusat permindahan banjir. Diharapka semua guru dan kakitangan bersedia.

Khamis, November 19, 2009

Satu Hari Untuk Menghargai Murid












Pada hari ini (19/11/09) SKBG telah mengadakan Hari Kecemerlangan Pendidikan. Sebagai satu acara untuk menghargai murid, program ini dirancang dengan harapan semua murid merasakan lebih dihargai dan seronok dengan acara yang disediakan. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai JHEOA Bera. Juga diselitkan dengan beberapa persembahan murid sebagai langkah memberanikan diri mereka untuk berhadapan dengan orang ramai. Pelbagai kategori hadiah disediakan untuk murid berdasarkan pencapaian sepanjang tahun.Tidak lupa juga seramai 5 orang murid terbaik diberi anugerah berdasarkan pencapaian UPSR yang baru diumumkan pagi ini. Tahniah kepada semua semua murid dan guru-guru yang berjaya mengendalikan program ini dengan baiknya dan berkesan.

Rabu, November 11, 2009

Hari Pendidikan 2009

Seperti yang telah diwar-warkan bahawa satu majlis penyampaian penghargaan kepada murid yang menunjukkkan prestasi yang terbaik sepanjang 2009 akan diadakan pada 19 Nov 09. Sehubungan dengan itu, amatlah diminta semua guru mengemaskinikan segala pemarkahan murid dan menyimpan rekod berkaitan. Semua AJK yang dilantik diminta memainkan peranan supaya majlis seperti yang dirancangkan ini akan mencapai objektif dan meninggalkan impak kepada kecemerlangan murid SKBG pada masa akan datang.

Ahad, Oktober 25, 2009

KEPUTUSAN PTK OGOS 2009

Calon-calon PTK Ogos 2009 boleh menyemak keputusan peperiksaan mulai 26 Oktober 2009 melalui SMS dengan menaip PTK jarak No. K/P dan hantar ke 36363 atau pun secara on-line di www.mpm.edu.my bermula pukul 9.00 pagi

Jumaat, Oktober 09, 2009

Jamuan hari Raya

Jamuan Hari Raya akan diadakan pada 12/10/2009 (Isnin) bertempat di Dewan Terbuka SKBG. Sehubungan dengan itu gotong royong (bersama AJK PIBG dan ibubapa) akan diadakan pada hari Ahad 11/10/09 melibatkan aktiviti memasak lemang dan ketupat dan perkara-perkara lain seperti yang telah diperincikan di dalam mesyuarat terdahulu. Adalah menjadi harapan aktiviti ini akan mendapat kerjasama padu daripada ibu bapa dan guru serta menjadikan aktiviti ini berjalan dengan jayanya.

Mohd Shah bin Mohd Ali
Guru Besar SKBG

Selamat Bertugas GB Baru Kami


Selamat Datang kepada En Mohd Shah bin Mohd Ali selaku Guru Besar yang baru bagi SKBG. Semoga dapat menjalankan tugas sebaiknya selaku "Bos" kepada kami.

Khamis, September 17, 2009

Khamis, September 03, 2009

Buat Anak Didik Kami


Bubble Letter Maker

Pertukaran Guru Besar

Selamat bertukar dan bertugas ditempat baru buat Guru Besar SK Bukit Gemuruh. Semoga segala pengalaman menjadi Ketua Jabatan di sini dapat dijadikan pengalaman dan memori terindah. Tahniah juga diucapkan kerana ditugaskan sebagai Penyelia Peperiksaan di PPD Bera, moga gembira dengan tugas baru ini. Kami warga SKBG meminta maaf jika ada kesalahan dan kesilapan yang dilakukan sepanjang bersama.

Khamis, Ogos 06, 2009

Yang Termampu Kita Lakukan

Doa ini diambil dari fail Naman. TQ. Marilah kita sama-sama berdoa supaya dijauhi kita dari wabak H1N1 ini. Boleh juga di muat turun di sini.

Baca 3 kali sewaktu keluar pagi dari rumah ... insyaalah.

Rabu, Ogos 05, 2009

H1N1: Semua Pelajar Kena Periksa Suhu Badan


Virus Selsema H1N1


Malaysiakini : Kementerian Pelajaran mengarahkan semua pelajar di semua sekolah menjalanikan pemeriksaan suhu badan sebelum bermula waktu sekolah bagi mencegah penularan wabak infuenza A(H1N1). Timbalan menteri berkenaan Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pemeriksaan itu akan mula dijalankan apabila sekolah dibekalkan dengan jangka suhu dan topeng muka dalam tempoh terdekat, lapor Bernama.

Beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan RM3.6 juta untuk tujuan membeli termometer dan topeng muka. “Setiap murid dan pelajar akan dimestikan menjalani pemeriksaan sebelum memasuki kelas dan kita akan pastikan suhu badan mereka tidak melebihi 37.5 darjah Celcius,” beliau dipetik berkata selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan SK Sri Kenanga, Tampoi hari ini. Pemeriksaan itu juga bertujuan meyakinkan ibu bapa supaya membenarkan anak mereka bersekolah seperti biasa, tambahnya.

Dua hari lepas, Mohamad Fakri Syah Rosli, murid Tahun Enam sekolah berkenaan meninggal dunia akibat jangkitan virus itu, yang menjadikan korban keenam di negara ini. Wee berkata Jabatan Pelajaran Negeri juga diarah memantau semua sekolah dengan pihak pengurusan sekolah diminta menghubungi ibu bapa sekiranya terdapat murid yang tidak datang ke sekolah. “Jika ada anak yang gagal hadir kerana demam, maka data berkenaan akan diserahkan ke Jabatan Kesihatan negeri untuk tujuan susulan,” katanya.

Beliau berkata pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) juga perlu memainkan peranan untuk memberi penerangan kepada ibu bapa jika ada di kalangan mereka yang masih berasa tidak yakin untuk membenarkan anak-anak ke sekolah. Menurut Wee lagi, dianggarkan lebih 100 sekolah terpaksa ditutup selama seminggu sejak wabak itu dilaporkan merebak, kira-kira dua minggu lepas.

Beliau turut menegaskan tindakan menutup sekolah tidak akan dilakukan sewenang-wenangnya hanya kerana ada ibu bapa yang tidak yakin mengenai kesihatan anak mereka. Katanya, penutupan sesebuah sekolah perlu mematuhi prosedur Akta Penyakit Berjangkit 1988, iaitu dengan mendapat pengesahan daripada doktor.

Apa kata SKBG:

Semoga virus yang membimbangkan ini akan berakhir dengan segera. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah S.W.T supaya dijauhkan kita semua dari virus yang boleh membunuh ini. Hanya Dia Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengasihi.

Jumaat, Julai 17, 2009

Jadual Baru v4.09

Kepada semua guru SK Bukit Gemuruh. Jadual waktu versi v4.09 telah siap dan boleh di muat turun di sini. Sila klik di sini.

Selasa, Jun 16, 2009

Satu Akan Pergi Dua Pula Yang Datang


Terima kasih kepada PPD Bera kerana sudi membekalkan 2 orang guru kontrak ke sekolah kami. Ini dapat meringankan beban kerja yang kami pikul sekaligus meningkatkan kualiti pengajaran dan tahap tumpuan yang lebih baik. Kepada En Hazuan dan En Sumali semoga dapat menjadi 'guru' dalam erti kata sebenar disamping memperolehi ilmu pendidik yang sukar diperolehi walaupun di Universiti. Kepada Cikgu Fasya selamat belajar 14 minggu dan menyambung peringkat ijazah seterusnya meningkatkan ilmu pengetahuan yang berguna ke arah menjadi guru kelas pertama. Kami di sini mendoakan yang terbaik kepada insan2 yang dinyatakan di atas.

Isnin, Jun 08, 2009

Fakta Tentang Cuti Sekolah

Tiba setiap kali saat musim cuti sekolah; pelajar dan guru adalah mereka yang paling gembira. Seolah-olah inilah peluang untuk melupakan sejenak bebanan tugas yang digalas sebelum ini. Pelajar dapat melupakan tekanan yang sentiasa mengkehendakkan mereka sentiasa belajar, belajar dan belajar.
Rutin harian yang dialami oleh kanak-kanak di bawah sistem pendidikan negara waktu ini mendesak ibubapa sentiasa mengutamakan pencapaian yang up to date pelajaran anak-anak mereka. Secara tidak langsung anak-anak diberi tekanan untuk sentiasa meningkatkan prestasi akademik mereka agar kerisauan sebagai ibubapa dapat dikurangkan. Ibubapa stressbila pencapaian anak-anak tidak menepati target yang mereka harapkan atau pencapaian anak-anak yang tidak konsisten.

Manakala guru pula merasakan inilah saat yang dinantikan keranan bebanan yang digalas sebagai seorang pendidik memerlukan mereka untuk merehatkan minda dan mencari idea-idea baru sebagai strategi yang akan digunakan untuk meningkatkan prestasi akademik murid mereka selepas musim cuti sekolah nanti. Tidak kurang juga sebagai peluang untuk mereka melupakan sejenak rutin tugasan di sekolah dengan memberikan sedikit tumpuan kepada keluarga mereka; yang mereka tinggalkan ketika menguruskan prestasi pembelajaran anak-anak orang lain. Jesteru di musim cuti begini, peluang mereka mentautkan kembali ikatan keluarga dengan lebih mesra dan akrab. ( Disunting dari http://chealias.blogspot.com )

Hargailah cuti dan nikmatinya dengan rasa syukur atas pemberianNya. Selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan pelajar.

Cuti 2 Bulan

Isnin, Mei 18, 2009

Sajak dari Cikgu Jogan

Berikut adalah sajak yang dihasilkan oleh seorang guru dari SK Bukit Gemuruh :

GURU, ILMU DAN MURIDKU

Kaulah pendidik bangsa
Kaulah pembimbing warganegara

Engkaulah pengasuh, pengerak naluri kita
Penyuluh jalan pengharapan

Walaupun kau bagi lilin
Membakar diri terbakar
Demi anak bangsa
Namun kaulah pelita menyuluh jalan pendita
Pembakar semangat obor cita-cita

Guru....
Kata suaramu tidak ada cacat cela,palsu,bohong dan omongan kosong
Melainkan benar penunjuk segala cara

Pandaimu bukan untuk menongkat langit....
Melawan kebesaranNya

Kelemahanmu bukan untuk membawa 
padah dan rebah untuk semua

Duduk bertelimpuhmu
untuk melentur rebung jiwa
Semangat anak didikanmu berjaya

Berdirimu adalah menegak kebenaran 
menolak segala fitnah,rasuah dan pecah amanah
Kaulah pendukung ilmu keadilan bangsa

Berjalanmu membawa kearah ketrampilan dan kebenaran
Berlarimu membawa semangat kemajuan 
meninggalkan segala bahang keburukan...kehancuran

Marahmu... bukan untuk membakar semangat perpecahan
tetapi memupuk perpaduan

Makanmu... membawa rezeki melimpah ruah
dalam kesenangan dan kemakmuran

Tidurmu..untuk membawa kedamaian dan keamanan
jiwa warga bangsa

Matimu...membawa keimanan dan kenangan 
Kalau harimau mati tinggalkan belang
Dirimu pergi tinggalkan jasa dan nama

Muridku... Engkau jangan leka 
Jangan lalai dan terabai
Duit,emas dan harta boleh habis dipakai
Ilmu ,budi  tiada galang ganti
Kekal sampai ke akhir hayat

Jumaat, Mei 01, 2009

Gambar Murid SKBG




Di suatu pagi yang dikelilingi kabus tebal, anak-anak ini datang awal untuk berhimpun. Semoga mereka dapat menjadi modal insan yang berguna di masa hadapan.

Rabu, Mac 11, 2009

Dapatan Sepang 1 - Faktor Kecemerlangan Murid SKMOA


Hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kecemerlangan murid di SKMOA (sk murid orang asli) :-
  1. Kesediaan murid untuk belajar dan diajar,
  2. Kesediaan guru untuk mengajar - guru komited dalam merancang program pendidikan,
  3. Fokus kepada kualiti masa-memaksimakan waktu mengajar tanpa membuat kerja lain semasa mengajar
  4. Kemudahan asas yang mencukupi dan kondusif.

Selasa, Mac 10, 2009

Deklarasi Tioman- Bera Top 4


Dapatan dari mesyuarat Guru Besar Bera di Pulau Tioman pada 04 Mac hingga 06 Mac 2009 telah menghasilkan satu deklarasi yang menggambarkan komitmen semua sekolah dalam melonjakkan prestasi UPSR Bera ke satu tahap yang boleh dibanggakan... harap semua guru dapat mengingati target ini ye....  GPS 2.00 dan peratus lulus 77% = Bera Top 4

Isnin, Mac 02, 2009

Strategi Pengajaran 1


Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu.Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

nota : sedutan asal dari  http://www.sazlie.com/bahan/PendekatanKaedahTeknik.pdf

Rabu, Februari 25, 2009

Gambar Tiga Situasi

2002 (Bangunan Lama)


2006


2008

Selasa, Februari 24, 2009

TAHNIAH !!!!

Tahniah kepada pasukan sepak takraw sekolah kerana berjaya menjadi johan Zon III Bera dan tempat ke 3 Daerah Bera...Semoga Tahun hadapan dapat mempertahankan dan meningkatkan lagi pencapaian kita...syabas!!!







PANORAMA SEKOLAH





DOWNLOAD

2. JADUAL WAKTU 2009
3. JADUAL WAKTU 2008
4. JADUAL WAKTU 2007
5. JADUAL WAKTU SBT 2009
6. MODUL PROTIM MATHS
7. LOGO KPM
8. LOGO JPNP
9. LENCANA SEKOLAH

Isnin, Februari 23, 2009

ENROLMEN MURID

Bil

Butir Murid

Jumlah Kelas

Lelaki

Perempuan

Jum. Murid

1

PRASEKOLAH

1

5

11

16

2

TAHAP 1 TAHUN 1

1

20

9

29

3

TAHAP 1 TAHUN 2

1

13

7

20

4

TAHAP 1 TAHUN 3

1

13

10

23

5

TAHAP 2 TAHUN 4

1

10

7

17

6

TAHAP 2 TAHUN 5

1

13

11

24

7

TAHAP 2 TAHUN 6

1

17

9

26

JUMLAH

7

91

64

155