Rabu, Ogos 18, 2010

Pertukaran Melalui egTukar (online)

Makluman dari laman web egTukar

Pemberitahuan

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Januari 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2010.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Januari 2011 dijangka dikeluarkan mulai 15 November 2010. Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Januari 2011.


Isnin, Ogos 09, 2010

Sekitar Majlis Gotong-Royong Perdana


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan gotong-royong perdana di Kg Bukit Gemuruh terutama warga ANGKASA yang begitu bersemangat bersama dengan masyarakat setempat membersihkan beberapa bahagian kampung.

Khamis, Ogos 05, 2010

Selamat Datang Ke Gotong Royong Perdana


Tarikh : 08/08/2010 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Kampung Bukit Gemuruh

Sudut Pandang Panorama Sekolah

Lama rasanya blog SKBG ini tidak memuat naik foto sekitar sekolah. Kali ini di sertakan sisi yang jarang-jarang dirakamkan untuk tatapan tetamu blog SKBG.

Motivasi

Motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai matlamat-matlamat yang tertentu. Konsep motivasi memang susah difahami kerana kesannya tidak dapat diketahui secara langsung. Seseorang guru terpaksa melibatkan proses pelbagai motif kelakuan seseorang yang diukur dari segi perubahan, keinginan, keperluan dan matlamatnya.

Motivasi masih sukar diukur akan kelakuan guru kerana tingkah laku seseorang guru itu tidak hanya disebabkan oleh sesuatu motif atau desakan sahaja, tetapi ada faktor-faktor lain yang mendatang secara tiba-tiba, seperti cemburu atau iri hati kepada guru-guru lain yang membuatkan seseorang itu terdorong untuk berbuat sesuatu.