Isnin, Mei 18, 2009

Sajak dari Cikgu Jogan

Berikut adalah sajak yang dihasilkan oleh seorang guru dari SK Bukit Gemuruh :

GURU, ILMU DAN MURIDKU

Kaulah pendidik bangsa
Kaulah pembimbing warganegara

Engkaulah pengasuh, pengerak naluri kita
Penyuluh jalan pengharapan

Walaupun kau bagi lilin
Membakar diri terbakar
Demi anak bangsa
Namun kaulah pelita menyuluh jalan pendita
Pembakar semangat obor cita-cita

Guru....
Kata suaramu tidak ada cacat cela,palsu,bohong dan omongan kosong
Melainkan benar penunjuk segala cara

Pandaimu bukan untuk menongkat langit....
Melawan kebesaranNya

Kelemahanmu bukan untuk membawa 
padah dan rebah untuk semua

Duduk bertelimpuhmu
untuk melentur rebung jiwa
Semangat anak didikanmu berjaya

Berdirimu adalah menegak kebenaran 
menolak segala fitnah,rasuah dan pecah amanah
Kaulah pendukung ilmu keadilan bangsa

Berjalanmu membawa kearah ketrampilan dan kebenaran
Berlarimu membawa semangat kemajuan 
meninggalkan segala bahang keburukan...kehancuran

Marahmu... bukan untuk membakar semangat perpecahan
tetapi memupuk perpaduan

Makanmu... membawa rezeki melimpah ruah
dalam kesenangan dan kemakmuran

Tidurmu..untuk membawa kedamaian dan keamanan
jiwa warga bangsa

Matimu...membawa keimanan dan kenangan 
Kalau harimau mati tinggalkan belang
Dirimu pergi tinggalkan jasa dan nama

Muridku... Engkau jangan leka 
Jangan lalai dan terabai
Duit,emas dan harta boleh habis dipakai
Ilmu ,budi  tiada galang ganti
Kekal sampai ke akhir hayat

Jumaat, Mei 01, 2009

Gambar Murid SKBG




Di suatu pagi yang dikelilingi kabus tebal, anak-anak ini datang awal untuk berhimpun. Semoga mereka dapat menjadi modal insan yang berguna di masa hadapan.

Rabu, Mac 11, 2009

Dapatan Sepang 1 - Faktor Kecemerlangan Murid SKMOA


Hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kecemerlangan murid di SKMOA (sk murid orang asli) :-
  1. Kesediaan murid untuk belajar dan diajar,
  2. Kesediaan guru untuk mengajar - guru komited dalam merancang program pendidikan,
  3. Fokus kepada kualiti masa-memaksimakan waktu mengajar tanpa membuat kerja lain semasa mengajar
  4. Kemudahan asas yang mencukupi dan kondusif.

Selasa, Mac 10, 2009

Deklarasi Tioman- Bera Top 4


Dapatan dari mesyuarat Guru Besar Bera di Pulau Tioman pada 04 Mac hingga 06 Mac 2009 telah menghasilkan satu deklarasi yang menggambarkan komitmen semua sekolah dalam melonjakkan prestasi UPSR Bera ke satu tahap yang boleh dibanggakan... harap semua guru dapat mengingati target ini ye....  GPS 2.00 dan peratus lulus 77% = Bera Top 4

Isnin, Mac 02, 2009

Strategi Pengajaran 1


Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu.Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

nota : sedutan asal dari  http://www.sazlie.com/bahan/PendekatanKaedahTeknik.pdf