Khamis, Disember 31, 2009

Jadual Waktu 2010

Selamat kembali bertugas kepada semua guru SKBG, sukacita dimaklumkan Jadual waktu sesi persekolahan 2010 telah dimuat naik. Sila klik disini untuk memuaturun jadual tersebut. Diharapkan semua rancangan pengajaran tahunan diletakkan di dalam buku rancangan mengajar dan p&p berjalan bermula hari pertama persekolahan.

Khamis, Disember 10, 2009

Cikgu SKBG Bertambah Lagi

Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Cikgu Rasidah yang ditempatkan di sekolah ini bermula 01/12/09. Semoga pengalaman di SK Peradong, N.S akan digunakan untuk menabur bakti di SKBG pula. Dengan pertambahan guru opsyen B.I sedikit sebanyak memberikan kebaikan untuk SKBG bergerak seiring dengan sekolah-sekolah yang lain. Terima kasih JPN Pahang dan PPD Bera di atas penempatan guru ini dan diharapkan guru tersebut berkekalan untuk satu tempoh yang bukan sekejap , demi melihat peningkatan prestasi murid-murid di sini.

Sabtu, November 21, 2009

Selamat Bercuti Cikgu dan Murid

Cuti persekolahan akhir tahun telah bermula dari 21/11/09 hingga 03/01/10. Selamat bercuti diucapkan kepada murid-murid dan semua guru SKBG. Semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan sesuatu yang berfaedah. Kepada semua guru diharapkan bersedia jika terpaksa bertugas didalam cuti ini sekiranya diperlukan. Ini termaktub seperti pekeliling yang dikeluarkan. Tambahan pula SKBG menjadi pusat permindahan banjir. Diharapka semua guru dan kakitangan bersedia.

Khamis, November 19, 2009

Satu Hari Untuk Menghargai Murid












Pada hari ini (19/11/09) SKBG telah mengadakan Hari Kecemerlangan Pendidikan. Sebagai satu acara untuk menghargai murid, program ini dirancang dengan harapan semua murid merasakan lebih dihargai dan seronok dengan acara yang disediakan. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai JHEOA Bera. Juga diselitkan dengan beberapa persembahan murid sebagai langkah memberanikan diri mereka untuk berhadapan dengan orang ramai. Pelbagai kategori hadiah disediakan untuk murid berdasarkan pencapaian sepanjang tahun.Tidak lupa juga seramai 5 orang murid terbaik diberi anugerah berdasarkan pencapaian UPSR yang baru diumumkan pagi ini. Tahniah kepada semua semua murid dan guru-guru yang berjaya mengendalikan program ini dengan baiknya dan berkesan.

Rabu, November 11, 2009

Hari Pendidikan 2009

Seperti yang telah diwar-warkan bahawa satu majlis penyampaian penghargaan kepada murid yang menunjukkkan prestasi yang terbaik sepanjang 2009 akan diadakan pada 19 Nov 09. Sehubungan dengan itu, amatlah diminta semua guru mengemaskinikan segala pemarkahan murid dan menyimpan rekod berkaitan. Semua AJK yang dilantik diminta memainkan peranan supaya majlis seperti yang dirancangkan ini akan mencapai objektif dan meninggalkan impak kepada kecemerlangan murid SKBG pada masa akan datang.