Isnin, Jun 08, 2009

Fakta Tentang Cuti Sekolah

Tiba setiap kali saat musim cuti sekolah; pelajar dan guru adalah mereka yang paling gembira. Seolah-olah inilah peluang untuk melupakan sejenak bebanan tugas yang digalas sebelum ini. Pelajar dapat melupakan tekanan yang sentiasa mengkehendakkan mereka sentiasa belajar, belajar dan belajar.
Rutin harian yang dialami oleh kanak-kanak di bawah sistem pendidikan negara waktu ini mendesak ibubapa sentiasa mengutamakan pencapaian yang up to date pelajaran anak-anak mereka. Secara tidak langsung anak-anak diberi tekanan untuk sentiasa meningkatkan prestasi akademik mereka agar kerisauan sebagai ibubapa dapat dikurangkan. Ibubapa stressbila pencapaian anak-anak tidak menepati target yang mereka harapkan atau pencapaian anak-anak yang tidak konsisten.

Manakala guru pula merasakan inilah saat yang dinantikan keranan bebanan yang digalas sebagai seorang pendidik memerlukan mereka untuk merehatkan minda dan mencari idea-idea baru sebagai strategi yang akan digunakan untuk meningkatkan prestasi akademik murid mereka selepas musim cuti sekolah nanti. Tidak kurang juga sebagai peluang untuk mereka melupakan sejenak rutin tugasan di sekolah dengan memberikan sedikit tumpuan kepada keluarga mereka; yang mereka tinggalkan ketika menguruskan prestasi pembelajaran anak-anak orang lain. Jesteru di musim cuti begini, peluang mereka mentautkan kembali ikatan keluarga dengan lebih mesra dan akrab. ( Disunting dari http://chealias.blogspot.com )

Hargailah cuti dan nikmatinya dengan rasa syukur atas pemberianNya. Selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Ulasan.