Khamis, Ogos 05, 2010

Motivasi

Motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai matlamat-matlamat yang tertentu. Konsep motivasi memang susah difahami kerana kesannya tidak dapat diketahui secara langsung. Seseorang guru terpaksa melibatkan proses pelbagai motif kelakuan seseorang yang diukur dari segi perubahan, keinginan, keperluan dan matlamatnya.

Motivasi masih sukar diukur akan kelakuan guru kerana tingkah laku seseorang guru itu tidak hanya disebabkan oleh sesuatu motif atau desakan sahaja, tetapi ada faktor-faktor lain yang mendatang secara tiba-tiba, seperti cemburu atau iri hati kepada guru-guru lain yang membuatkan seseorang itu terdorong untuk berbuat sesuatu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Ulasan.