Khamis, Ogos 05, 2010

Motivasi

Motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai matlamat-matlamat yang tertentu. Konsep motivasi memang susah difahami kerana kesannya tidak dapat diketahui secara langsung. Seseorang guru terpaksa melibatkan proses pelbagai motif kelakuan seseorang yang diukur dari segi perubahan, keinginan, keperluan dan matlamatnya.

Motivasi masih sukar diukur akan kelakuan guru kerana tingkah laku seseorang guru itu tidak hanya disebabkan oleh sesuatu motif atau desakan sahaja, tetapi ada faktor-faktor lain yang mendatang secara tiba-tiba, seperti cemburu atau iri hati kepada guru-guru lain yang membuatkan seseorang itu terdorong untuk berbuat sesuatu.

Rabu, Jun 30, 2010

Isnin, Mei 24, 2010

Bahan Untuk Debriefing 2010

Softcopy dokumen untuk debriefing 2010 di SK Bukit Rok pada 25/05/2010

Khamis, Mac 25, 2010

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 11 akan diadakan pada 26/03/2010 bertempat di dewan terbuka SKBG. Buat pertama kali akan diadakan pada sebelah malam bermula jam 8.00 malam. Dijangkakan mesyuarat itu akan dirasmikan oleh Adun Kemayan iaitu YB En Fadil bin Osman. Ketika ini semua jawatankuasa program sedang bertungkus lumus membuat persediaan untuk menjayakan acara seperti yang dirancang. Beberapa acara menarik turut diadakan untuk menggalakkan kehairan ibu bapa dan penjaga ke mesyuarat tersebut.

Ahad, Mac 21, 2010

Jadual Waktu 2010 (Pindaan)

Disebabkan pertukaran dua orang guru SKBG, maka jadual waktu persekolahan 2010 terpaksa dipinda. Semua guru SKBG bolehlah memuat turun jadual tersebut dengan klik pada link di bawah.